Kamis, 24 November 2016

ikan mas

Ikan Mas (bahasa InggerisGoldfish ), Carassius auratus, merupakan salah satu ikan terawal yang dibela jinak, dan masih merupakan ikan akuarium yang dipelihara. Selain daripada merupakan ahli yang agak kecil kepada keluarga ikan kap (yang merangkumi ikan kap koi serta kap krusia), Ikan Mas ialah versi bela jinak kepada ikan kap kelabu tua/perang yang berasal dari Asia Timur (dibela jinak buat pertama kali di China)[1] dan yang dibawa masuk ke Eropah pada akhir abad ke-17. Nama saintifiknyaCarassius auratusMutasi yang melahirkan Ikan Mas juga diketahui daripada spesies-spesies siprinid yang lain, seperti kap biasadan tench.
Ikan Mas boleh membesar sehingga 23 inci (59 sentimeter) panjangnya dan 9.9 paun (4.5 kilogram) beratnya, walaupun saiz ini jarang dicapai; sebenarnya, tidak banyak Ikan Mas yang dapat mencapai sehingga separuh saiz ini. Dalam keadaan-keadaan optimum, Ikan Mas boleh hidup selama 20 tahun lebih (rekod dunia ialah 49 tahun), tetapi kebanyakan Ikan Mas yang dipelihara di rumah umumnya hanya hidup selama enam hingga lapan tahun, akibat selalu dipelihara di dalam mangkuk. 

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Semasa Dinasti Tangpenternakan ikan kap di dalam kolam-kolam adalah amat popular. Disebabkan oleh mutasi genetik dominan, salah satu daripada ikan-ikan kap itu menonjolkan warna "emas" (sebenarnya jingga kekuning-kuningan) dan bukannya warna memutih. Manusia mula menternakkan ikan kelainan emas dan menonjolkan ikan-ikan itu di dalam bekas yang kecil. Ikan-ikan itu tidak dikekalkan di dalam bekas tersebut, tetapi dipelihara di dalam kumpulan air tawar yang lebih besar seperti kolam. Hanya untuk upacara-upacara khas ketika tetamu-tetamu dijangka akan datang bahawa ikan-ikan mas akan dipindahkan ke dalam bekas yang kecil. [1]
Pada tahun 1162maharani Dinasti Song mengarahkan pembinaan sebuah kolam untuk mengumpulkan kelainan ikan kap yang berwarna merah dan emas. Menjelang saat itu, orang-orang daripada luar keluarga diraja dilarang memelihara kelainan Ikan Mas yang berwarna emas (kuning) kerana warna kuning merupakan warna diraja. Ini mungkin merupakan sebab mengapa adanya lebih banyak ikan mas yang berwarna jingga, berbanding dengan ikan mas yang berwarna kuning, walaupun jenis yang berwarna kuning adalah lebih mudah untuk diternakkan. [3]
Dengan berlalunya masa, lebih banyak mutasi berlaku, dan melahirkan kelainan-kelainan yang berwarna baru serta yang lebih aneh. Kewujudan warna-warna yang lain dicatat buat pertama kali pada tahun 1276, dengan kewujudan kelainan ekor yang aneh dicatat semasa Dinasti Ming. Pada tahun 1502, Ikan Mas dibawa masuk ke Jepun dan kelainan-kelainan Ryukin dan Tosakin diperkembangkan.
Pada tahun 1611, Ikan Mas dibawa masuk ke Portugal dan dari sana, ke tempat-tempat yang lain di Eropah. Ikan Mas dibawa masuk ke Amerika Utara buat pertama kali pada tahun 1874 dan dengan cepatnya menjadi popular di Amerika Syarikat.

Kelainan ikan Mas peliharaan[sunting | sunting sumber]

Pembiakkan terpilih selama berkurun-kurun telah menghasilkan beberapa kelainan warna, beberapa darinya telah berjaya menghilangkan warna keemasan dari ikan emas asal yang diternak. Baka baru ini juga memiliki bentuk badan, sirip dan mata yang berbeza. Beberapa baka baru yang ekstrem juga hanya boleh hidup dan dibiakkan di dalam akuarium. Kini, terdapat kira-kira 300 baka yang diakui di China.[4] Majoriti besar baka ikan Mas pada hari ini berasal dari China.[4] Beberapa baka yang terkenal adalah:

Ikan Emas BiasaMoor HitamMata Buih
Ikan Mas Biasa berbeza hanya dari segi warna berbanding dengan saudara terdekatnya, kap Prusia. Ikan Mas Biasa boleh didapati dalam pelbagai warna termasuk merah, oren/emas, putih, hitam dan kuning lemon.Common goldfish.JPGMoor Hitam adalah sejenis baka ikan mas hias dengan mata yang terkeluar dari tempatnya. Ia juga dikenali sebagai popeye, teleskop, kuro demekin di Jepun dan mata naga di China.Black Moor Goldfish.jpgIkan emas ini memiliki mata yang mengarah ke atas. Matanya terkandung di dalam dua bebola cecair yang besar.Bubble Eye goldfish.jpg
Mata CelestialKometEkor Kipas
Ikan Mas Mata Celestial memiliki ekor berkembar dan amat menyerupai dengan baka Mata Buih.Celestial eye goldfish.jpgKomet atau Ikan Mas ekor Komet adalah baka hias yang paling biasa di Amerika Syarikat. Ia sama dengan ikan Mas Biasa, kecuali memiliki saiz lebih kecil dan badan lebih kurus. Ia boleh dikenali oleh dengan ekor yang panjang dan ekor bercabang.120pxIkan Mas Ekor Kipas adalah bentuk barat bagi Ryukin dan memiliki badan berbentuk telur, satu sirip dorsal yang tinggi, satu sirip bercabang empat yang panjang. Ikan ini tidak memiliki bongkok di bahu.Fan tailed goldfish.jpg
Kepala SingaOrandaSisik Mutiara
Kepala Singa memiliki sebuah hud di atas kepalanya. Ikan ini merupakan pelopor bagi ranchu.LionheadGoldfishSideviewRodsan18b.jpgOranda memiliki dicirikan dengan kepala berhud menyerupai buah rasberi yang meliputi keseluruhan kepala kecuali mata dan mulut.OrangeOranda.jpgSisik Mutiara atau chinshurin dalambahasa Jepun memiliki badan bulat dengan sirip menyerupai dengan ekor kipas.Goldfish Pearl Scale.jpg
PompomRyukinShubunkin
Pompoms atau hana fusa memiliki sepasang daging yang tumbuh di antara dua lubang hidungnya.Ryukin memiliki badan yang pendek, bulat dan bongkok di bahu.Goldfish Ryukin.jpgShubunkins (朱文金?) memiliki ekor tunggal dengan sisik berkilau dan corak dikenali sebagai calico.Clear shubunkin.jpg
Mata TeleskopRanchuPanda Moor
Mata Teleskop atau demekin boleh dikenali melalui matanya yang tersembul keluar. Ikan ini juga dikenali sebagai ikan mas mata glob atau mata naga.GoldfishDroganeys.jpgRanchu adalah sejenis ikan emas bertudung di kepalanya. Orang Jepun merujuk ikan ini sebagai "raja bagi ikan mas".Goldfish Ranchu 2.jpgPanda Moor memiliki ciri-ciri corak warna hitam dan putih dan mata yang menonjol keluar.Pandamoor.jpg
Ekor JarangEkor Rama-ramaMeteor
Ekor Jarang atau veiltail dikenali dengan ekor berkembar yang panjang dan jarang. Sirip ekornya seolah-olah menyerupai kain tudung jarang pengantin perempuan.Welon (ryba).JPGMoor Ekor Rama-rama atau Teleskop Rama-rama merupakan sejenis baka berketurunan dari Mata Teleskop. Ia memiliki ekor berkembar dan cantik jika dilihat dari atas. Kembangan sirip ekornya menyerupai kepak rama-rama di dalam air.Calico-butterfly-tail-demekin.pngIkan Mas Meteor adalah sejenis kelainan yang kelihatan aneh yang dibiakkan oleh pakar pembaka ikan mas hias. Ia tidak memiliki sirip ekor, yang mana namanya berasal.[5][6]
LionchuIkan TelurShukin
Lionchu atau Kepala Singa-Ranchuadalah sejenis ikan mas hias yang diterbitkan dari kacukan antara Kepala Singa dengan Ranchu.[7][8]Goldfish Lionchu first orize winner.jpgIkan Mas Ikan Telur merupakan pembiakan terpilih yang dilakukan oleh pakar pembaka ikan mas hias yang mana menghasilkan ikan tanpa sirip dorsal dan badan berbentuk telur.[9][10]Eggfish.jpgShukin adalah ikan mas menyerupai Ranchu yang terhasil dari kacukkanRanchu dan Oranda pada akhir kurun ke-19 di Jepun.
Insang KeritingTamasabaTosakin
Ikan Mas Insang Keriting atau Insang Terbalik adalah salah lagi kelainan luar biasa yang dibiakkan oleh peminat ikan mas. Ia mendapat namanya dari rupa penutup insangnya yang terbalik.[5][11]
Tamasaba atau Sabao sejenis kelainan ikan mas luar biasa berasal dari Jepun. Bentuk badannya menyerupai Ryukin dan ekor tunggal, beralun yang panjang menyerupai ikan mackerel, oleh itu nama lain ikan mas ini adalah Ekor Mackerel.Tosakin atau ikan mas ekor kipas keriting adalah baka ikan mas dengan sirip ekor yang besar yang mengembang secara mendatar (seperti sebuah kipas) di belakang ikan. Meskipun dari segi teknikalnya ia adalah ekor yang terbelah, kedua-duanya bercantum ditengah-tengah membentuk sepasang sirip tunggal.Tosakin.JPG
by:https://ms.wikipedia.org/wiki/Ikan_Mas
Share:

0 komentar:

Posting Komentar

jam

Search

Diberdayakan oleh Blogger.

Recent Posts

Unordered List

/* Start http://www.cursors-4u.com */ body, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/others/oth-6/oth528.ani), url(http://cur.cursors-4u.net/others/oth-6/oth528.png), progress !important;} /* End http://www.cursors-4u.com */

Pages

Theme Support

Lights Of Heaven - AppStarting